Ini Bukan Sekolah Biasa

Beri mereka peluang kedua

Semalam ketika saya berada di sekolah ini, saya melihat ibu bapa yang datang ke sekolah ini dengan membawa KFC dan barangan keperluan harian, menunggu anak-anak mereka.

Mereka hadir ke sekolah bukan untuk menyambut anak-anak mereka balik ke rumah, tapi mereka disini sekadar untuk melawat mereka. Ini kerana sekolah ini bukan sekolah biasa, ia adalah sekolah juvenial dimana remaja-remaja dengan rekod jenayah akan diasingkan dengan keluarga mereka dan tinggal di sekolah ini untuk tempah 2 tahun atau pun lebih.

Salah sebuah keluarga menarik perhatian saya saat seorang gadis remaja yang berada di sekolah itu datang kepada ahli keluarganya. Gadis remaja itu memberi salam kepada datuk dan ayah nya sebagai tanda hormat dan mencari kemaafan.

Gadis remaja itu kemudiannya dengan gembira menunjukkan beberapa keping sijil, dan salah satunya ialah sijil program kami dan dia memberitahu mereka apa yang telah dia pelajari di program tersebut.

Datuk dan ayah gadis itu memberi tumpuan mendengar apa yang diberitahu gadis itu, terpancar kebanggaan di wajah mereka. Kemudian mereka meneruskan rutin menjamu selera bersama dengan KFC yang dibawa dan meluangkan waktu bersama.

Saya berganjak dari situ dengan penuh kesyukuran kerana program kami benar-benar memberi makna buat para remaja disitu.

Adalah amat tersentuh melihat keluarga tetap menerima anak-anak mereka seadanya walaupun kesilapan masa lalu yang pernah mereka lakukan.

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%