Uncle Chow, berusia, 54tahun, seorang pekerja di KFC, berdekatan dengan UPM, Serdang.
Dia mula bekerja di sana awal bulan Jun tahun ini. Belum pun sampai 1 bulan dia bekerja di sana, dia telah terima 2 “surat cinta” dari pelanggan yang datang jamu selera.
Surat pertama pada 24 Jun, saya kebetulan makan di situ ketika itu.
Hari ini saya singgah ke sana lagi, uncle Chow segera datang dan mahu berkongsi kegembiraannya. Beliau keluarkan “surat cinta” kedua yang dia diterima pada 29 Jun yang lepas untuk tatapan saya.
Sekiranya anda berkunjung ke situ dan melihat cara Uncle Chow “bekerja”, anda akan tahu mengapa beliau begitu mudah terima surat pujian dari pelanggan. Seorang yang berusia 54tahun, tapi tangkas bergerak membersihkan meja dan saki baki makanan atas meja makan yang ditinggalkan oleh pelanggan. Dia seorang saja boleh lakukan tugas 3 – 5 orang pekerja biasa.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!