Yuma dan Ryu adalah Youtuber Jepun yang cukup terkenal dengan video-video santai yang mengajar bahasa Jepun menerusi saluran Ryuuu TV.
Yuma adalah warga asal Jepun yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin kerana pernah melanjutkan pelajaran di Taiwan. Manakala pasangnya pula iaitu Ryu adalah anak kelahiran Kuching, Sarawak yang menuntut di Jepun dan kemudiannya menetap di sana.
Dalam trip ke Sarawak bersama Ryu awal tahun ini, Yuma telah membawa balik mee segera yang direkomenkan oleh ahli keluarga dan saudara mara Ryu. Antara mee segera yang dibawa ialah:
1. Mee Lee Fah (Sarawak White Curry)
2. Mi Sedap
3. Mee Segera Daddy
4. Mee Kampua Sibu
5. Mee Lee Fah (Abalone & Chicken Flavour)
Setelah pulang ke Jepun, Yuma telah mencuba kelima-lima mee segera yang berlainan perisa dan rasa itu.
Mee segera yang berjaya memikat selera gadis Jepun ini adalah :
Mee Lee Fah – Sarawak White Curry
Kata Yuma, dia lebih sukakan Sarawak White Curry kerana kepekatan rasa kari, ditambah pula aroma dan manisan santan membuatkan ia begitu lazat. Rasa mee segera itu begitu unik dan tidak boleh didapati di Jepun.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!