Pada bulan Mac 2017 yang lalu, saya berkunjung ke Puchong untuk menemui Tuan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang dalam kalangan pengguna media sosial.
Saya berhajat mahu menemu bual Uncle Kentang kerana melihat pelbagai usaha murni yang beliau lakukan untuk orang susah dan miskin di sekitar Puchong.
Mereka yang lapar diberi makan, mereka yang tidak mampu bayar sewa rumah dan bil utiliti dibantu, mereka yang kesempitan hingga tiada perbelanjaan untuk dapur dan perayaan turut diraikan.
Tidak lupa juga kepada para netizen yang begitu baik hati menghulurkan sumbangan wang dan barangan kepada Uncle Kentang, memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada beliau sampaikan bantuan tersebut individu yang memerlukan.
Saya masih ingat, 21 Mac 2017, saya sampai di Puchong. Selepas beberapa ketika menunggu di kedai Mamak, Uncle Kentang pun sampai. Kemudian disusuli pula dengan kedatangan 2 orang anak muda.
Sembang punya sembang, rupanya 2 orang anak muda ini baru saja ditamatkan kontrak kerja mereka oleh sebuah syarikat minyak dan gas yang terletak di negeri pantai timur.
Mereka hilang sumber pendapatan dan disebabkan sukar mahu dapatkan kerja di negeri tersebut, mereka turun ke KL untuk cari kerja. Dipendekkan cerita, mereka terbaca kisah Uncle Kentang, yang ketika itu sedang mencari anak muda yang boleh bawa motosikal untuk bantu membonceng pesakit dari perhentian bas ke pintu depan Hospital Serdang. Jadi, mereka sahut cabaran itu!
Sambung balik cerita Ambulan 10Sen tadi. Ambulan 10Sen bukan saja lengkap dengan segala peralatannya, malah ada seorang Medical Asisstant atau Pembantu Perubatan yang bertugas. Setakat ini sudah ada 2 buah Ambulan 10Sen dan dibantu oleh 2 orang MA.
Lepas sembang dengan Uncle Kentang dan 2 orang anak muda itu, Uncle Kentang pun ajak ikut program mereka pada tengahhari itu, ada operasi Ambulan 10 Sen bantu salah seorang pesakit yang tinggal di sebuah flat di Taman Puchong Perdana, menghantar keluar tersebut ke Hospital Serdang.
Mungkin bagi kita Ambulan 10Sen ini tidak begitu “dipandang” kerana ada teksi, kereta sendiri dan lain-lain pengangkutan. Tapi bagi keluarga yang dibantu ini, Ambulan 10Sen ternyata begitu bererti buat mereka, ia adalah harapan buat keluarga tersebut.
Si suami lumpuh dan isteri hanya buat kerja sambilan di rumah untuk dapatkan duit bagi menyara hidup mereka. Kehadiran tim Uncle Kentang dan 2 orang anak muda serta Ambulan 10Sen ini bukan sekadar “menyelamatkan” kos perbelanjaan pengangkutan mereka naik teksi, tetapi juga memudahkan penggerakkan mereka turun naik dari flat.
Ini kerana keluarga tersebut tinggal di Tingkat 3, maka teramat susah untuk mereka turun dan naik flat. Kata si isteri, kalau nak bawa suami turun pun selalu kena minta tolong jiran-jiran, itupun belum tentu ada yang sanggup tolong, katanya.
Bayangkan hari-hari yang perlu dilalui oleh ahli keluarga ini tanpa kehadiran “Tim Ambulan 10Sen”.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!