Kempen penggunaan tong sampah kitar semula seakan-akan tidak berhasil meningkatkan kesedaran orang ramai akan manfaat kitar semula, sama ada dalam negara dan luar negara.
Ini kemudiannya membawa kepada idea baru yang telah mula terlaksana di kebanyakan negara yang menjanjikan ganjaran menerusi penggunaan mesin kitar semula.
Para pengguna hanya perlu masukkan bahan buangan seperti botol dan tin kosong ke dalam mesin kitar semula dan kemudiannya mereka akan mendapat ganjaran segera berupa kredit top-up, tiket movie, kupon dan sebagainya.

Dengan meletakkan mesin kitar semula di lokasi-lokasi strategik seperti stesen LRT dan laluan yang menjadi tumpuan orang ramai, ia akan menarik minat orang ramai bagi mengguna dan mendapatkan ganjaran dari mesin berkenaan.
Selain itu, mesin kitar semula ini boleh mengimbas jenis botol dan bahan-bahan lain yang dimasukkan. Ia hanya menerima barang buangan berbentuk botol minuman dan tin kosong sahaja setakat ini.
Di samping itu juga, nilai ganjaran yang boleh diperoleh pula adalah bergantung pada jenis botol dan kuantiti yang dimasukkan ke dalam mesin.
Sungguhpun idea ini ternyata dapat memberi impak positif dari segi meningkatkan kesedaran dan partisipasi orang awam dalam kempen kitar semula, namun, cabaran utama pelaksanaannya adalah untuk menambahkan bilangan mesin kitar semula di lokasi-lokasi bandaraya.
Usaha menambah mesin kitar semula terbatas kerana tiap satu mesin melibatkan kos yang tinggi. Sebuah mesin kitar semula bersaiz kecil yang mempunyai kapasiti muatan 300 set botol dianggarkan USD10k.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!