Selepas beberapa tahun bergraduasi dari universiti, baki pinjaman PTPTN yang perlu saya langsaikan masih lagi berbaki separuh daripada keseluruhan jumlah pinjaman saya sebelum itu.
Setelah mendapat tahu bahawa peminjam boleh menggunakan simpanan pada KWSP akaun 2 untuk melangsaikan pinjaman PTPTN, maka saya mula mencari maklumat tentang kaedah bayaran itu.
Setelah mencuba kaedah tersebut, ternyata ia tidaklah serumit yang saya jangkakan – kerana asalnya saya fikir ia tentu melibatkan pelbagai prosedur dan dokumen yang perlu diisi dan dihantar, lagi-lagi melibatkan urusan tersebut melibatkan 2 organisasi berasingan iaitu PTPTN dan KWSP.
Kepada sahabat-sahabat mempunyai perancangan mahu melangsaikan hutang PTPTN anda, berikut adalah langkah-langkah yang telah saya lalui untuk proses memohon pengeluaran simpanan KWSP akaun 2.
1. Semak baki terkini pinjaman PTPTN
Saya telah menghubungi pihak PTPTN melalui Careline mereka (03-21933000) dan bercakap dengan pegawai PTPTN :
- Menyemak baki pinjaman terkini
- Meminta bantuan pegawai PTPTN untuk mengira berapa amount bayaran yang sepatutnya sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya pinjaman (dengan diskaun 15%) – tujuannya supaya saya tahu jumlah wang yang perlu saya pohon untuk keluarkan daripada KWSP.
2. Log masuk ke KWSP untuk proses permohonan
Login ke i-Akaun, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
Isikan semua butiran yang diperlukan dan hantar permohononan anda.
3. Pengesahan di pejabat KWSP
Kemudian, saya menerima notifikasi daripada KWSP yang memberi saya tempoh dalam 2 minggu untuk hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi melakukan pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan iaitu
- Bawa salinan fotokopi Ijazah Sarjana Muda
- Bawa salinan asal Ijazah Sarjana Muda
- Kad Pengenalan
4. Seminggu kemudian dapat kelulusan
Sekiranya tidak silap, setelah selesai proses pengecaman Cap Ibu Jari dan penghantaran dokumen sokongan, dalam tempoh 1 minggu saya menerima maklum balas KWSP bahawa permohonan saya telah diluluskan dan jumlah wang yang dipohon itu terus dibayar kepada pihak PTPTN.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!