Sebuah pusat penjagaan haiwan di Australia iaitu Sydney Dogs and Cats Home menawarkan bayaran sebanyak AUD500 iaitu RM1700 sehari kepada pekerja yang menjaga haiwan peliharaan di pusat tersebut.
Tugas-tugas penjaga itu nanti termasuklah memandikan anak anjing, membawa anjing pergi bersia-sia, merakam foto anjing dan muatnaik ke portal online dan media sosial serta mencari individu yang berminat mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan mereka.
Pusat penjagaan haiwan itu menerusi siaran iklan di Airtasker iaitu sebuah portal marketplace online di Sydney Australia berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial dan para pencinta haiwan.
Semua teruja dengan tawaran “pekerjaan” itu dan majoriti permohon dikatakan mahu melakukan kerja penjagaan tersebut secara percuma dan menderma semula upah yang diperoleh kepada pusat penjagaan haiwan berkenaan.
Di luar negara, perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan mendapat permintaan yang tinggi.
Khidmat penjaga diperlukan apabila tuan empunya haiwan pergi bercuti, travel atau pergi bekerja. Tempoh penjagaan sama ada 1 hari, 1 minggu hinggakan 1 bulan.
Bahkan ada yang bekerja sepenuh masa dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan dan jana pendapatan lumayan hanya dengan “bermain” dengan haiwan peliharaan yang dijaga.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!