Daripada membayar menggunakan tunai, kad kredit dan smartphone, kini perkembangan “cashless” di China membenarkan para pelanggan membuat pembayaran bil pesanan makanan mereka menggunakan wajah.
Sistem pengecaman wajah yang dibangunkan oleh Ant Financial ini dikenali sebagai “Smile To Pay” dilihat menepati citarasa generasi muda dan pengguna yang celik teknologi.
Peranti baru ini dilaksanakan di restoran baru oleh KFC di bandar Hangzhou iaitu restoran KPRO dan ia adalah kedai fizikal pertama di dunia menggunakan perisian pengecaman muka untuk mengambil pembayaran.
Berbeza dengan restoran KFC tradisi yang anda pernah kunjungi, KPRO menawarkan menu makanan sihat kepada para pelanggan mereka seperti pelbagai jenis jus segar, salad dan sebagainya.
Menerusi penggunaan sistem “Smile To Pay”, pelanggan KPRO hanya perlu membuat pesanan makanan di kiosk dan kemudian kamera akan merakam gambar serta mengimbas wajah pelanggan bagi memastikan ia sepadan dengan ID foto dalam sistem.
Sekiranya ia sepadan dengan gambar dalam sistem, maka pelanggan hanya perlu memasukkan nombor telefon mereka dan kos makanan yang dipesan itu akan didebitkan dari akaun mereka.
Sistem pengenalan wajah tersebut dikatakan terbukti sangat tepat dalam proses pengecaman wajah, termasuklah dalam keadaan pengguna menukar warna dan gaya rambut mereka serta dalam keadaan bersolek, bahkan “Smile To Pay” dikatakan mampu mengecam wajah pelanggan dalam ruang yang penuh sesak dengan orang ramai.
Selain itu, ia digabungkan dengan kamera 3D dan algoritma pengesanan “liveness” sebagai langkah menghalang cubaan menipu menggunakan gambar orang lain atau rakaman video serta memastikan keselamatan akaun pelanggan.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!