4 Pesanan Robert Kuok Buat Generasi Muda Yang Ceburi Bisnes

Jatuh dan bangkit semula!

Anak kelahiran Johor berusia 94 tahun – Robert Kuok, dengan nilai aset RM37 billion mendahului senarai individu-individu yang terkaya di Malaysia.

Ketika menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup di China, pada tahun 2012, Robert Kuok memberi pesan kepada generasi muda yang ceburi bidang bisnes:

1. Tidak kira ceburi bidang bisnes apa pun, mesti fokus

Bukan saja dalam bidang bisnes, bahkan apa-apa perkara pun yang kita lakukan dalam seharian, tanpa fokus kita akan mudah tersasar daripada landasan utama.

Selalunya godaan yang membuatkan seseorang mudah hilang fokus adalah apabila  anda mempunyai terlalu banyak idea sehingga sibuk memikirkan idea-idea itu, kesudahannya tidak ada satu pun daripada idea-idea yang banyak itu terlaksana.

Seperti atlet-atlet yang telah mencipta sejarah kejayaan, sama ada dalam bidang sukan bola sepak, badminton dan lain-lain acara, mereka hanya menceburi satu jenis acara sukan. Mereka berlatih, konsisten berlatih, sehingga mereka mahir dan cukup bersedia.

Bila ada pertandingan, mereka mengambil bahagian dan beraksi semaksima yang boleh dan cipta kejayaan.

Jadi, anda perlu FOKUS!.

2. Tabah dan tidak mudah putus asa

Orang bisnes yang berjaya adalah seperti mainan patung roly poly, tiap kali “jatuh” bangkit semua, jatuh dan bangkit semula.

Usah kerana sekali gagal, hadapi rintangan kecil terus menyerah kalah. Gagal tidak apa, yang penting belajar daripada kegagalan itu dan tidak ulangi lagi kesilapan yang sama.

3. Selepas berjaya, berhati-hati

Kita selalu mengatakan “kegagalan adalah tangga kejayaan”. Ya, mungkin ada benarnya, tetapi menurut Robert Kuok, dari pengalaman hidupnya dalam dunia bisnes “kejayaan juga boleh jadi tangga kegagalan”.

Saat berada di puncak kejayaan, jangan sesekali lalai.

4. Menyumbang dan MEMBERI KEPADA KOMUNITI

Setelah berjaya, jangan lupa sebahagian daripada hasil kekayaan yang diperoleh dari bisnes disumbangkan bagi membantu mereka yang mememerlukan.

Leave your vote

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!