Pembayaran menggunakan smartphone (mobile payment) seperti Samsung Pay semakin popular dan banyak digunakan di negara-negara maju. Berita baiknya adalah Samsung Pay telahpun dilancarkan secara rasmi penggunaanya di Malaysia pada penghujung Februari 2017 yang lepas.
Kehadiran “teknologi” baru ini sudah pasti buat kita semua tertanya apa kelebihan gunakannya dan apa pula masalah yang bakal timbul.
1. Tidak perlu bawa tunai, kad kredit dan kad debit fizikal
Dengan adanya Samsung Pay yang dipasang di telefon pintar, ia memungkinkan si pembeli tidak perlu lagi membawa dompet tebal yang berisi jumlah kad dan tunai yang banyak.
Hanya perlu bawa telefon pintar ketika keluar membeli-belah. Semua pembayaran boleh dilakukan menerusi perkhidmatan mudah alih itu.
2. Amat mudah digunakan
Seperti yang telah diberitahu, anda tidak lagi perlu keluarkan kad fizikal (kad kredit atau kad debit) semasa melakukan pembayaran. Ketika mahu buat pembayaran menggunakan Samsung Pay, ikuti tiga mudah berikut:
Pertama, lancarkan Samsung Pay yang terdapat pada smartphone anda.
Kedua, pengesahan identiti menerusi iris atau fingerprint atau PIN.
Ketiga, sentuh telefon pintar pada terminal untuk proses pembayaran.
3. Tahap keselamatan yang lebih tinggi
Selain mempercepatkan proses pembayaran, penggunaan Samsung Pay diklaim mempunyai tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding penggunaan kad fizikal.
Ini kerana semasa melakukan urus pembayaran dengan telefon pintar, anda tidak perlu mendedahkan maklumat kad atau sebarang perincian peribadi seperti kebiasaan yang berlaku dalam kes kad kredit.
4. Aplikasi ini tidak boleh digunakan pada semua edisi smartphone
Sungguhpun pembayaran kaedah “mobile payment” ini banyak kelebihannya, terdapat juga beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum memilih menggunakan kaedah bayaran ini.
Keupayaan menggunakan aplikasi seperti Samsung Pay adalah bergantung pada jenis smartphone yang anda miliki.
Buat masa ini, aplikasi Samsung Pay hanya boleh dipasang dan diaktifkan pada siri Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy S7 Edge, Galaxy S7, Galaxy Note5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy A7(2017), Galaxy A5(2017), Galaxy A7(2016), Galaxy A5(2016) dan Galaxy A9 Pro.
Kebanyakan smartphone lama tidak kompatibel dan tidak menyokong NFC (Near Field Communication). Kekurangan pada peranti lama ini, menyebabkan pemiliknya tidak dapat menggunakan Samsung Pay, melainkan upgrade smartphone ke edisi yang lebih baru.
5. Saat telefon pintar gagal berfungsi
Antara perkara yang paling tidak disukai pengguna adalah apabila smartphone gagal berfungsi dan kehabisan bateri.
Berapa lama bateri smartphone anda boleh bertahan dalam keadaan ia juga digunakan untuk mengakses email, media sosial dan lain-lain?
Bayangkan kejadian malang itu terjadi saat anda sedang berada di luar dan sedang membeli-belah dan kemudian mahu membuat pembayaran di kaunter. Saat itu anda dapati ia tidak berfungsi, sama ada kerana rosak atau kehabisan bateri! Lebih malang lagi kalau anda tidak bawa sebarang tunai, kad kredit, kad debit dan tidak ada kenalan lain disamping anda ketika itu. Kelam kabut dibuatnya.
Leave your vote
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!